Latihan Bahasa Malaysia Tahun 1

Di rumah, kadang-kadang mama panggil Adam datang mengadap. Kikiki. Favourite things Adam ialah bermain. Jadi, tentunya mama interrupt Adam bermain. Macam mana tak nak kacau Adam bermain, kalau 24 jam tiap masa Adam main! Adam bukan reti nak tidur siang atau melepak duduk diam. Hahhahaha.

Kalau Adam di panggil mengadap, maknanya ada la benda baru nak diajar. Kalau tidak, hulur je buku kat Adam, " Hari ni buat muka surat ni ". Biasa satu muka surat je. Tapi... Kalau Adam agak dah lama sangat tak buat latihan, maka ayatnya jadi lain, " Dah lama tak belajar kan? Hari ni buat 3 muka surat ". Kalau dah lama tak ber exercise, Adam redha je kena buat banyak sikit. Alaaaa... Soalan darjah satu kan... Kejap je Adam siapkan. Cuma kalau beberapa hari sebelum pun dah belajar, maybe Adam negotiate la sedikit. Kadang-kadang dia minta untuk buat separuh muka surat sahaja. Kasi can la budak baru darjah satu. Nak paksa pun, bukannya ada exam besar. Aha!

Di bawah ini adalah latihan 3 muka surat yang mama beri. Kikikiki. Unsupervised. Adam buat sendiri sambil mama sibuk mengemas di dapur. Kalau ada yang Adam tak faham, dia akan menjerit panggil mama. Tak pun, Adam akan muncul di dapur. Kalau senyap je tu, maksudnya senang la kot. Tahu-tahu dia dah sibuk bermain.


Bina ayat berdasarkan gambar. Hurmmm... Boleh la kan. Asal ada subject dan predicate. Hahhahaha. Teringat ayat grandmother wan dulu. Murid cina score Bahasa Melayu sebab ayat dia tak berbunga. Satu ayat ada satu subject dan satu predicate. Ayat lengkap dan kurang kesalahan. Tak macam kita yang ayat berbunga-bunga. Akhirnya mengundang lebih banyak kesalahan. Kikikiki. Teringat pula zaman study!


Yang ini juga bina ayat berdasarkan gambar. Hurmmmmm... Kena perbetulkan ni. Macam mana nak di perbetulkan? Cari sedikit masa untuk tegur apa yang Salah. Jangan bagi tau, " Ini Salah! ". Tapi... Beritahu apa yang betul. Jangan lupa yang bukan hanya jawapan kita sahaja yang betul. Bila Anak sudah diberitahu apa yang salah, minta anak buat ayat lain berdasarkan gambar. Verbal sahaja sudah memadai. Kita nak pastikan mesej tadi sampai sahaja.

Dah betul kan kesalahan? Jangan lupa pula dengan jawapan yang betul! Kena la beri pujian dan galakan. Baru anak kita happy! Kalau mama, haaaa... Kasi bintang atau sticker banyak-banyak! Kalau malas, tulis je bintang atau Well done! Nak tengok reward stamps mama? Refer Rewards Stamps Untuk Adam. Reward sticker pula, ada di Reward Stickers Untuk Adam. Nampak kecil dan remeh kan? Tapi... percayalah! Effect nya besar ke atas keyakinan dan motivasi diri anak!


Haaaa... First time buat latihan macam ni. Tak apa. Motto Adam, practice makes perfect! Nanti kita belajar ok! Gelak-gelak sahaja. Biar salah semasa belajar. Nama pun belajar. Insya Allah nanti Adam akan pandai menyusun kata sendiri.

1 comment: