Kisah Roti Jala

Ini kisah minggu pertama Ramadhan. Weekend tu kami ke kedai berdekatan. Ada la menu untuk masing-masing. Untuk bulan puasa, Ada extra menu : kuih-muih yang dipek untuk jualan. Tinggal tunjuk Dan bayar :)

Al-kisah tiba-tiba Aleesya menjerit, " Nak Tu! Nak tu! ". Ditunjukkan kuih apam. Bukan. " Nak tu! ". Eh!!!! Roti Jala! Sejak bila Aleesya suka roti Jala ni? Aleesya mana makan roti Jala. Jadi... Mama try la menukar dengan pelbagai kuih lain yang Aleesya suka. Gagal. Tetap dengan roti Jala. Senyum lebar si penjual.

Sampai rumah, mama pun Nak suap la Adik makan. Kesian dia teringin benar Nak makan roti Jala. Aishhhh.... " Nanak ( tak Nak ) ". Ehhhh... Tadi beria-ia Nak suruh beli roti Jala. " Nak niiiiiii! ". Teka apa yang Aleesya Nak?

SUDU plastik di dalam pek roti Jala. Sudu plastik biasa kaler hijau. Ya Allah! Macam mana la mama boleh tak perasan Ada sudu dalam tu? Si kecik ni memang suka la main sudu, main piring, main pinggan. Walau pun penuh dah mainan masak-masak Adam Dan Aleesya, tetap Nak main juga yang betul. Kalau tau lah Aleesya Nak kan sudu Tu... Mama ambil je la satu. Memang membeli Kat kedai tu kannnn... Sudahnya, roti Jala tersadai tidak dimakan. Masing-masing dah Ada menu pilihan... Terbazir la roti Jala sudu hijau tu.

2 comments:

  1. pandai aleesya demand roti jala..rupanya nk sudu je hehe comel..Afia klu tak nak dia kata amau..org utaqa kan..sebut tak mau.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel je kan sebut... amau! hahahah....

      Delete