Candid Weekend Pertama Puasa

Entry ni hanya nak share gambar candid anak-anak. Ini hari Sabtu pertama puasa tahun ini. Bawa anak-anak keluar untuk mencari baju Melayu.

Awal-awal puasa, badan yang dah biasa dipenuhi makanan D\dan tekak yang sudah biasa dibasahi bermacam jenis air tentunya tak biasa. Apa tah lagi dengan umur yang masih hijau macam ni. Kikiki. Kesian juga sebenarnya.


Sampai sahaja... Adam dan Adik cari port duduk. Mama survey dahulu baju Melayu bersama wan. Dah ada yang berkenan, barulah di jemput dua beradik. Adik memang tak letih la... Macam-macam adik makan. Kikiki.


Haaaaa.... Potato stick kegemaran Abang!



Singgah di KFC sebelum balik. Adik lagi la yang makan. Adam dengan rela tak ber kata apa. Al maklumlah Abang puasa. Lega lah Abang kuat semangatnya. Rilex sahaja melihat Adik dengan bermacam makanan. 

Adik pula... Minum air kosong pun nampak sedap! Siap dengan sound effect aaaaahhhhhh nya lagi.

Congrats Abang Adam. Tahun ini... Abang Adam ter miss 3 hari puasa. Dua hari pembuka dan sehari penutup puasa. Cuba lagi tahun depan. Insya Allah anak mama kuat!

1 comment: