Tingginya Rambut Aleesya

Rasanya dah pernah cerita kan pasal rambut Aleesya? Setiap hari fesyen rambut berbeza. Cantik sangat! Rajin nya Cikgu-Cikgu melayan karenah anak-anak.  Apa fesyen rambut Aleesya hari ini? Jeng! Jeng! Jeng!

Fesyen samurai Jepun. Kikiki. Teacher ikat tinggi rambut Aleesya.





Macam biasa, apabila mama ambil Aleesya, Aleesya diam sahaja. Haaaa.... Cuba la mama berpusing membelakangkan cikgu... Riuh la mulut Aleesya! Paling biasa, Aleesya akan bertanya... errr... Tanya atau pun statement, mama pun tak pasti. Ayatnya, " Cantik? Cantik? Abut (rambut). Hair ". Kalau rambut diikat biasa-biasa, Aleesya akan bertanya tentang dress yang dipakai. Kalau rambut terikat rapi, Aleesya bertanya sambil memegang rambutnya.

5 comments:

  1. amboi tocang samurai..comepnya aleesya oi..Afia biasa pakai sepit rambut..mesti dia kata tik...tik..rambut ikat tocang biasa je.

    ReplyDelete
  2. Hahaha... tingginya tocang samurai Aleesya! Bagus pulak cikgu rajin membega-begakan rambutnya ya!

    ReplyDelete
  3. Haha.. ayat cantik tu sama macam naim masa kecil.. apa je dia pakai mesti dia tanya dia cantik tak.. dan dua suka puji mama cantik.. haha.. laian2 anak lain perangai

    ReplyDelete