Tak Boleh Tidur Kalau Tak...

Amboi... Ada habit baru anak manja sorang ni. Usung iPad Adam ke hulu ke hilir. Buat apa? Tengok YouTube. Joget dan menyanyi baby song. Wahhhhhh... Bukan main suka tau! Check kelebihan aktiviti menyanyi nursery rhymes di sini. Kikikik.... Bukan kelebihan mengusung iPad ke hulu ke hilir tau :)



Lagu favourite buat masa ni adalah The Wheel On The Bus! Boleh agak tak part mana yang Aleesya boleh nyanyi loud and clear? " All day long! ". Part lain, adalah sikit-sikit, terutama part yang ada action. 

Nak cerita sini... Kalau nak tidur, dah masuk bilik ni... " Nak baby! Nak baby! ". Haaaa... Bukan minta adik, minta nak dengar baby song la dekat YouTube. Kena la juga bagi dengar se round dua. Kalau tidak, Aleesya tak boleh tidur! Yea Allah... Penangan YouTube. 

Dalam gelap tu. Risau juga rosak mata. Tapi kalau tak tutup lampu, haaaaa... Berjam-jam la dengan YouTube tu. Lain tau penggunaan youtube di dalam gelap. Habis la kebaikan pembelajaran dan pengajaran youtube kalau mata rosak. Huuuu...

1 comment:

  1. Kes ni ikut sikap anak tu rasanya.. saya dgn naim ada masalah ni..adik ni tak pula.. naim satu masa dulu sampai kena biar dia sb kalau tak dia menangis sb tak nak tidur kalau tak diulit dengan video kegemaran dia. Alhamdulillah umo 5 tahun ni dah hilang tabiat dia tu.. risau juga bab tgk video dlm gelap tu kan..

    ReplyDelete