Subjek Favourite Adam

Subject favourite Adam setakat ini adalah .... Eh... Tak tau nak tulis apa. Sebab..., Kalau ditanya " Eh... Susah la Adam nak jawab. Semua Adam suka! ". Amboiiii... Bagusnya jawapan Adam. 

Pemerhatian mama, yang Adam kurang minat adalah mewarna. Dulu la. Sekarang ni, nampak rajin dah Adam mewarna. Dan... Kalau Cikgu suruh salin perkataan berulang-ulang sampai beberapa muka Surat. Kikiki. Adam buat. Cuma ambil masa yang lama. Tapi... Cubalah bagi soalan matematik ke... Laju je siapnya. 

Jadi... Mama pun tak tahu apa favourite Adam. Yang mama tau, Adam dok berkepit je dengan buku hafazan Surah pendek Dari Al-Quran ni. Sibuk menghafal Dan membetulkan hafazan. Sampai apabila berjalan-Jalan di mana-mana pun, mulut Adam masih menghafal. Minat kah dengan tahfiz? Adam minta dimasukkan ke sekolah tahfiz apabila masuk ke sekolah menengah. Mama tiada halangan. Apa yang baik untuk Adam, mama Dan papa Akan Cuba penuhi.

Owh... Buku tu memang recommended by mama. Menarik, Dan tertarik. Insya Allah anak-anak suka ;)

1 comment:

  1. Itu mungkin buat masa ni Adam takda favourite subject sebab semua pun dia rasa menarik untuk dipelajari. Anak sulung saya si Abang tu dulu-dulu minat melukis tapi sejak masuk Tahun 3 ni dah makin berkurangan minatnya. Puas saya dok fikir apa perkara yang menarik perhatiannya sebab nak tolong support dia menjurus ke arah itu. Asal yang baik-baik, kita sokong ajelahkan...

    ReplyDelete