Result Kafa Pertengahan Tahun Adam

Alhamdulillah, result Kafa pun sudah selamat di terima. Keputusan sederhana. Adam masih di tahap 1 rasanya. Insya Allah lain kali boleh naik Tahap 2. Di Kafa ni, pelajar dibahagi mengikut tahap : Tahap 1 dan Tahap 2, bukan mengikut tahun. Bergantung kepada penguasaan Jawi dan al-Quran. 

Alhamdulillah tamat sudah tajwid al-baghdadi dan bermula juz amma. Awal dulu, ustazah minta untuk turunkan Adam untuk membaca muqaddam walau pun di sekolah agama lama, Adam dah naik al-Quran. Mama tak kisah. Target nya bukan untuk habis kan Al-Quran dengan cepat. Asal kan bacaan bertambah baik, alhamdulillah. Dan... dalam masa beberapa bulan, nampak banyak perbezaan pada bacaan Adam. Mungkin fokus yang lebih diberikan kerana bilangan pelajar yang tidak ramai.



Haaaa... nampak result ni, bahasa Arab, sirah dan aqidah perlukan perhatian lebih. Terutamanya bahasa Arab. Mama kurang membantu dengan Kafa, kerana buku-buku hanya dibaca balik sebelum peperiksaan. Hohohoho. 

Untuk hujung tahun nanti, nampaknya mama perlu minta supaya buku teks di bawa Balik awal sedikit ke rumah. Kena kerja keras  dengan bahasa Arab tu!

Style mama interrupt Adam main untuk mengajar. Kikikik. Nak buat short and sweet macam ni, bukan boleh tiba-tiba bagi soalan. Kita yang kena study dulu. Di sebab kan mama tidak lah pandai bahasa Arab, memang mama kena study betul-betul la sebelum main-main dengan Adam. Harapnya, berjaya. Kikikik.

Kedudukan Adam : no. 8 daripada 16. Jawi dapat 98% - jadi tiada masalah untuk mengulangkaji subjek lain. Semuanya tulisan Jawi kan. Bahasa Arab? Nanti kita workout sikit untuk baiki result bahasa Arab.

No comments:

Post a Comment