Replicate Apa Yang Nampak Di Sekeliling

Budak-budak memang pandai. Tiru apa yang nampak di sekeliling. Kalau bagi nampak yang elok-elok sahaja, ok juga. Tapi macam-macam sumber ada. Selain parents yang mungkin buat benda salah tanpa sedar di depan anak, anak boleh absorb juga dari persekitaran.

Hahahahah. Nak cerita pasal Aleesya. Satu hari, main belon dengan adik. Puasa-puasa ni, letih juga nak berkejaran dengan belon. Letih atau malas? Malas! Jadi, kita main lukis-lukis character pada belon. Ada mata, mulut, dan hidung. Adik tengok dan gelak-gelak seorang diri. Tak ada pula nampak adik nak capai dan lukis sendiri.

Keesokannya... Hahhahaha. Adik ambil sebiji belon yang masih suci belum diconteng. Bersama magic pen di tangan. Dannn...

Adik sedang bereksperimen dengan belonnya. Nampak tangan tu? Tetap la dengan tangan kiri. Time menulis dan mewarna, tak apa la. Tapi, time makan memang kena ingat kan banyak Kali. 

2 comments:

  1. Sama dengan aciklah kidal.. ;)

    ReplyDelete
  2. agaknya memang kidal kot aleesya ni.sama macam abg Aiman kami..Afia entahlah ye..tak kidal rasanya

    ReplyDelete