Cara Mengajar Adik 2 Tahun Membaca


Niat tidak kesampaian. Hajat dihati nak candid je kelakuan dua beradik. Tapi... Adam nampak dan terus posing. Kikikik.

Lepas mandi-mandi, Aleesya masuk ke bilik dan angkut punya la banyak buku. Lengkap la satu set diangkutnya. Nak " rid book " katanya. Adam seperti biasa sedang main la kan. " Owhhh... Nak read book ye, biar Abang ajar adik ". Bermula la sesi membaca dua beradik. Abang baca, adik ikut. Haaa... Menarik ni. 

Hand phone kesayangan jauh pula nak di candid kan dua beradik. Bila mama bangun untuk ambil, Adam dah siap posing. Sighhh... Hahaha. Jadi la layan pose Adam tu.

Untuk anak kecil macam Aleesya ni, bukan nak paksa dia baca buku. Tapi... Dah dia angkut buku, sebenarnya seeloknya kita ajar anak sebesar ni cara menyelak helaian buku. Selak satu persatu. Dan pasti kan buku tak terbalik! Kikiki... Tumpuan lebih kepada pembinaan vocab sebenarnya. Tak tengok sangat pun pada perkataan.

Tq Adam sebab tolong mama ajar adik!

2 comments:

  1. mama ada assistant..senang la kerja mama nak ajar adik.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. untung ada assistant!

      Delete