Matematik Bukan Sekadar Tambah Tolak

Amboi... Ayat macam Cikgu matematik pula! Kikikik. Bukan... Sambil-sambil tengok TV ni, terfikir macam mana la cara mudah nak mengajar Adam. Bukan la hanya matematik, semua subjek la. Bukan nak ganti kan Cikgu di sekolah, tapi sekadar membantu Adam agar lebih mudah faham apa yang difahami dan tak difahami. Masa mama sekolah dulu, kadang-kadang, mama pun tak tahu apa yang mama tak faham. Jadi, susah la nak bertanya kepada guru. Kikikik.

Untung la mama ada Cikgu matematik di rumah. Haaa... Grandfather wan Cikgu matematik. Jadi, mana-mana yang mama tak faham di sekolah, wan permudahkan dengan memberikan cara logik. 

Mama berangan nak jadi Cikgu Adam di rumah. Tapi, tak tau la mampu ke tidak. Kikiki. Anak orang lain di hantar ke tuisyen. Kawan-kawan mama ramai yang dah start hantar anak ke tuisyen. Seawal prasekolah! Jauh-jauh pun hantar asal kan Pusat tuisyen itu elok. Adam pun ada menyuarakan hasrat untuk ke tuisyen. Sebabnya? Ramai kawan-kawan pergi tuisyen.

Darjah satu macam terlalu awal. Mungkin mama perlu tunggu result exam Adam untuk di nilai semula. Maklum sahaja lah, di sekolah Adam tak belajar. Baca sini kenapa Adam tidak belajar di sekolah kebangsaan. Di rumah pula, tak di hantar tuisyen. Huuuu... Adam belajar di rumah. Itupun, bukan lab setiap hari. Tak mampu pula mama nak mengajar setiap hari. Adam pun nak bermain.

Lari tajuk dah ni. Kikikik. Cepat lah keluar result exam. Mama kena nilai kan semula keputusan tidak menghantar Adam ke mana-mana Pusat tuisyen. Tapi... Mama teringin juga nak hantar Adam ke kelas mental arithmetic. Kikiki. Kem-kem cuti sekolah? Ok la. Babai. Doakan mama!

2 comments:

  1. Tahniah dulu saya ucapkan dengan mama yang cukup bersemangat ni. Boleh nampak semangat mama adam ni kat sini.. tak setiap hari pun dah kira banyak tu.. usia anak kita ni banyak nak main lagi.. saya pun geram kadang2 tgk diorang asyik nk menghadap utube atau tv je.. kalau suruh buat aktiviti sihat tu tak lama nak buatnya..

    ReplyDelete
  2. Kalau anak dah ke sekolah, memang kitalah kena jadi guru tuisyen sementara, guru ngaji, mak supir, bibik dan seangkatan dengannya. Saya pun ajar juga anak di rumah walaupun anak di sekolah Cina. Mostly berbeza sikit dengan sekolah kebangsaan tapi saya cuba. Berkat 'bijak' dulu, bolehlah juga mengajar kecuali subjek Mandarin!

    ReplyDelete