Latihan Matematik Tahun Satu

Cuti sekolah ni, tak ada ke mana-mana. Jalan-jalan sekitar KL sahaja. Dating dengan Adam tengok movie. Harapnya, next week dapat la kita berjalan keluar KL. Kikiki.

Seminggu dah berlalu. Saja je tanya Adam, nak study tak sikit? Mama bagi pilihan apa nak buat? Kata Adam, " Nak buat matematik ".

So, mama pilih dua mukasurat ni untuk di buat. Hurmmmm... Dua hari tau! Semalam dan hari ini. Sehari satu muka surat. Nak tengok tak apa soalannya?

Hari pertama, mama pilih soalan-soalan ni.



Hari kedua pula, soalan-soalan ni.



Uishhhh... Teleng tak kepala nak tengok? Mama update lain kali ye.

Pesanan untuk Adam, ambil la masa seharian pun. Cuba jawab soalan-soalan yang mama beri. Respond Adam? " Lambat pun tak apa? ". " Tak apa. Asal kan Adam berfikir ". Kikikik.

Tq Adam sebab nak jawab soalan yang mama beri. Mama bagi awal pagi sebaik sahaja Adam bangun tidur. Mulanya bercadang nak bagi soalan tu malam. Kata Adam, " Malam-malam Adam dah penat. Tak larat nak buat apa-apa ". Kikikiki.

3 comments:

  1. Wah..gini soalan budak tahun 1 ya, siap ada soalan buat ayat drp soalan matematik ya.. aras tinggi ni..

    Haha.. ayat akhir tu lebih kurang dgn jawapan Naim kalau disuruh banyak sikit..

    ReplyDelete
  2. Saya kan memang geleng kepala kalau tengok buku budak-budak sekolah zaman sekarang. Masa tadika lagi dah belajar berfikir sendiri. Masa kita dulu, santai aje. Takda susah hati pun kalau tak pandai baca masa masuk Darjah 1. Sekarang ni memang lain. Kalau tak pandai baca bila masuk sekolah, memang rasa macam anak akan tercicir!

    Anak saya pula sebab dia sekolah Cina, saya bagi latihan separuh dari bukukerja. Kalau tak siap tak dapat main game! Lagipun dia dah Tahun 3, dah wajib tahu belajar itu penting walaupun main masih lagi menarik perhatian seluruh harinya *_*

    ReplyDelete
  3. wah..macam gini soalan darjah 1?? sgt KBAT.. kena bina ayat dan cerita tu.. alahai... risau pulak. tahun depan anak saya akan masuk darjah 1.. emm.. patutlah sekarang darjah 1 pun ramai parents hantar anak pi tuisyen dah..

    ReplyDelete