Intro Nilai Puluh Dan Sa

Ada yang tanya, macam mana ajar matematik dekat Adam. Susah juga nak jawab ni. Sebab mama tak pandai mengajar, cuma cuba la bagi sparks dan hint sikit-sikit pada Adam. Untuk matematik, memandangkan topik-topik awal adalah tambah dan tolak, maka mungkin nampak agak advanced sikit la topic yang dicuba dengan Adam. Untuk penambahan dan penolakan, mama beri soalan atas tinggi kepada Adam. Mencabar sikit. Belum tentu Adam dapat jawab semuanya. Practice makes perfect. Jadi... Apa salahnya salah sebelum betul.

Macam lari tajuk je...

Nak bagitau. Macam ni la contoh ajar matematik di rumah. Di sekolah, Adam belum sampai sini lagi. Tak tau lah kalau murid di kelas lain ( Adam di kelas pemulihan. Kesian sangat ). Masih mengenal operasi tolak. Jadi, mama bagi intro sikit-sikit pada Adam. Jangan lama-lama, takut Adam rasa tertekan nak belajar.



Terangkan ringkas. Biarkan nampak santai, sambil berborak-borak.

Rasa anak faham, beri soalan basic. Mula kan dari yang senang sebab kita nak suruh anak confident. Kuncinya, kalau anak rasa dia faham, dia ready untuk soalan yang lebih susah kemudiannya.



 Kalau soalan-soalan mudah tu anak boleh jawab, maka tamat la sesi itu.



Soalan yang lebih sukar menyusul kemudian. Mungkin esok, lusa atau minggu depan. Tapi itu soalan yang ber tulis macam di atas ni la. Soalan-soalan lisan biasa menyusul tak kira masa. Soalan lisan, katakan anak sedang nak mandi, jalan-jalan di mall dengan anak, di dalam kereta... Tanyakan la dua tiga soalan lisan. Just nak make sure anak faham. Kalau betul, ok. Kalau salah, ini peluang untuk recap secara lisan.

Jadi kalau untuk Adam, biasanya Adam happy dengan sesi ringkas seperti ini. Katanya, dia lebih bersedia dan faham apabila Cikgu masuk ke topic yang dah di"belajar kan" di rumah. Lagi pula kalau kita ajar benda yang baru. Lagi la Adam suka. Bosan katanya kalau terpaksa belajar benda yang dah tau.

2 comments:

  1. bagus mama ajar dulu..nti bila cikgu ajar Adam dah expert dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.... masa buat entry ni, betul la sangkaan mama. kelas pemulihan je yang baru jilid satu awal2. bila dah naik kelas ni.... huiiiiii.... memasing dah masuk jilid 2. jenuh nak mengejar ni. Practice makes perfect!

      Delete