Ini Gantinya Untuk Anak Mommy

Ada cerita kan Aleesya suka kereta. Tuuuu ha... Post bawah ni aje ;p 

Mama belikan kereta lain sebagai galang gantinya.  Taraaaaaa....



Empat sekawan untuk Aleesya dan Adam. Comel tak? Rupa comel dan saiz pun comel. Sesuai la untuk tangan-tangan yang comel. Boleh teka yang mana untuk Aleesya?


Masa buka kotak ni... Haaaa... ada trick. Mama terus kasi ambulance pink tu pada Aleesya. Jadi secara otomatiknya Aleesya akan declare cik Amber pinkish tu dia yang punya. Sharing? Memang la Aleesya share dengan Adam. Yang lagi tiga ketul tu, mama kasi pada Adam. Jadi tak berebut la si comel-comel ni. 

Main bersama? Memang main sama-sama. Tapi seronok bila ada ownership macam ni. Yang paling best... Semua Adam punya permainan macam dah declare adik yang punya. Ihik! Tapi main sesama. Lega la.


Eh... Ada geng baru la!


Bulat mata adik di pagi-pagi hari.

3 comments:

  1. Comelnya senyum Alessya .. gembira la dapat amber tu ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... berbaloi beli :)

      Delete