Dating Dengan Adam

Last Monday, ambil cuti untuk bawa Adam berjalan-jalan. Tengok movie. Macam biasa, sejak Aleesya lahir, kami tengok movie pada hari bekerja. Supaya Aleesya boleh di hantar ke nursery. Nanti adik dah besar sikit, baru la kita dating sama-sama ye ;)

Jadi, Adam kembali menjadi anak tunggal. Haaaa... Memang nampak la dia sedikit 'mengapa-ngada'. Layan kan aje, Adam pun mungkin rindu pada saat dia bukanlah seorang Abang.

Tiket dibeli, kemudian kami lunch dulu. Yummmmmm... Sedap! Tengok la air milo dinosaur Adam. Mewah!


Nampak apa yang terselit di poket baju Adam? Sifir! Kikiki. Baca di dalam perjalanan. Adam sibuk menghafal Surah-Surah pendek sekarang. Malangnya, buku yang ada adalah besar. Nak beli buku kecil comel-comel, Adam kata nanti susah dia nak baca. Mungkin mama la kot yang nak kena tulis kan? Hurmmmm... Nanti mama fikir.

Makan kenyang-kenyang, then Jalan-Jalan shopping baju untuk Adam. Juga terselit sebuah buku kecil dan Lego baru untuk Adam. Wahhhh!!!! Dah macam celebration! Segalanya tentang Adam. Ahaaaa... Untuk adik ada juga something yang mama belikan. Lain kali mama update. Hari ni, kasi Abang Adam happy dah lama tak melayan dia seorang :)

2 comments:

  1. Bagus la MA ni.. selalu buat aktiviti mcm ni dengan anak2. Nampak muka Adam seronok sangat tu..sambil jalan nak menghafal lagi tu saya cukup kagum... saya ingat lagi masa tahun lepas MA buat entry ni, saya juga terpengaruh.. bawa juga Naim jalan macam ni.. tapi lepas tu tak buat lagi..

    ReplyDelete
  2. Bila dah ada adik, memang selalu kena mengalahkan. Untunglah boleh berjalan berdating berdua dengan salah seorang anak. Saya ni pulak selalu aje rasa nak adil dan saksama sepanjang masa. Jadinya memang tak pernah tinggalkan anak itu dan keluar dengan anak ini. Kena buat jugalah sesekali. Bagi peluang mereka bermanja sepenuhnya dengan kita sebelum mereka meningkat dewasa!

    ReplyDelete