A An Have Has

Aktiviti hari ini. Ada 24 jam kan... Ini aktiviti selama 15 minit. Kikiki. Buat apa ye? Ulang balik apa yang dah pernah buat dulu. Biasa la... Kata pengulangan adalah cara terbaik untuk belajar kan? Niat hari ini, nak ajar Adam tentang " a " dan " an ". Saja sebab nampak macam Adam dah mati kutu tak tau apa nak buat. Kejap tengok YouTube, kejap pegang psp. Kejap-kejap lagi tukar game. Kikiki.

Kelas mama hari ni, dalam 10 minit. Beberapa minit nak terangkan penggunaan " a " dan " an ", selebihnya untuk Adam jawab soalan. Soalan simple je. Haaaa... Adam kan tengah main game, biasa mama cakap macam ni, " Mama nak ajar sikit ni ". So, Adam akan pause game dia untuk beri tumpuan. Kikiki. Senang je dengan Adam. Tips dia, make it short and simple. Ye la... Karang tak pasal-pasal anak memberontak kan! Tengah syok main game lawan-lawan, ni nak suruh belajar pulak.

Lepas terang se simple mungkin, ini la soalan dan jawapan Adam.



Tu je soalannya. Kan tadi mama dah terangkan penggunaan " a " dan " an ". Jadi, mama letakkan article di atas, nombor satu hingga enam. Tugas Adam adalah meletakkan noun yang sesuai. Not bad kan? Selesai.


Kemudian, Adam kena buat ayat dari noun yang dia tulis tadi. Yang ini open. Nak buat berapa ayat pun boleh. Ayat pertama mama dah buat sebagai contoh. Owhhh.... Kiranya soalan di atas, mungkin laju je anak jawab. Kalau tiba-tiba mama nak sambung lagi pengajaran. Boleh ke? 

Ahaaaa... Tipsnya, sila tanya anak masing-masing. Jika anak willing nak sambung, maka mama boleh sambung. Jika tidak, berhenti sahaja. Ingat... Kita yang interrupt anak tengah main tadi kan?

Kikiki. Dalam kes mama, mama biarkan Adam sambung main game. Kasi can. Tapi... Lepas setengah jam, mama Tanya lagi... " Kalau mama nak tanya sikit lagi, boleh? ". Juga bergantung kepada Adam. Nak buat boleh, tak nak buat pun tak apa. 

Niat asal memang nak ajar article Ty je. Tapi... Dari ayat yang Adam buat tadi, hai... Menggeletik di dalam hati nak sambung sikitttttt je lagi. Nak ajar penggunaan " has " dan " have ". Nampak kan ayat nombor 3 Dan 4 di atas? I has ...

Ringkas sangat. Terangkan sikit, dan soal secara lisan je. Asal kan Adam faham, mission accomplished. Tapi... Esoknya, mama beri soalan ringkas untuk " has " dengan " have " pula.


Berkesan ke ajar kejap-kejap macam ni? Sambil main game pula tu? Untuk Adam, kejap-kejap mama terjah dengan soalan. Sambil naik kereta ke, sambil nak berjalan ke... Terjah je dengan 2-3 soalan. Kikiki. Soalan pendek dan pantas. Insya Allah, anak dan mak sama-sama gembira :)

2 comments:

  1. Rajin interrupt anak masa tengah bermain ya! Saya ni kalau mengajar anak, memang kena betul-betul duduk mengajar. Baru pengajar dan pelajar boleh ngam berbincang. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... saya memang selalu je interupt Adam main. dia pun macam redha je. memang ada juga niat nak duduk mengajar betul-betul... tunggu la dulu kot. akan apply juga di satu masa. setakat ni, Adam tak marah kalau saya interupt dia main. kikiki.

      Delete