Yakin Tahap Lompat Bintang

Alhamdulillah. Habis sudah exam sekolah kebangsaan Dan juga Kafa. Adam? Seperti biasa, konfiden level adalah setinggi bintang. 

Soalan biasa mama, " Macam mana exam hari ini ".

Jawapan standard Adam, " Ok. Boleh buat semua. Adam dah check jawapan sebelum hantar ".

Haaaa... Menangis la cikgu Adam kalau baca ni. Anak murid yang sangat konfiden dengan kebolehan diri sendiri. Kikiki. Yakin diri itu bagus. Percaya pada usaha sendiri. Bukan membangga diri. Tapi, kena yakin diri setelah berusaha. Bukan yakin semberono. Moto Adam, practice makes perfect!

Cuma, hari ini ada hafazan Al-Quran. Kata Adam, markah Adam mungkin rendah sikit. Tapi, tiada markah yang di potong akibat kesalahan. Kikikik. Kalau tiada kesalahan, macam mana boleh rendah kan? Jadi, kena beri tumpuan lebih kepada Kafa.

Alhamdulillah. Segalanya memang bermula dari tidak tahu kepada tahu. Dari tidak pandai kepada pandai. Asalkan Adam berusaha bersungguh-sungguh, Insya Allah Adam akan berjaya!

Buku Kafa Adam di simpan di Kafa. Hanya dibenarkan di bawa balik sebelum exam. Kikiki. Memang mama pun tak check apa silibus Adam. Kekalutan memindah dan macam-macam hal. Harapnya, selepas ini kita diberi kelonggaran waktu untuk meminjam buku sekolah Kafa Adam lebih awal. Kikiki.

Go! Go Adam!

4 comments:

  1. wah..confident level memang tinggi ni

    ReplyDelete
  2. samalah aiman pun jawapannya semua ok boleh buat..ibu pulak yg tak yakin dengan anak sendiri.haha..

    betul tu asalkan ada usaha pasti berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki. Insha Allah mama pun yakin

      Delete