Review Buku : Menghafal Surah Pendek

Lama tak buat review buku kan? Padahal, rasanya Ada buku yang bagus pada perkiraan mama ( Kikiki... Perlu mengira ke :p ).


Buku ini di beli di Borders. Niat asalnya adalah untuk mencari Al-Quran untuk Adam. Al-Quran dulu, terlupa ambil dari ustazah. Harapnya ustazah tak simpan sahaja Al-Quran tu. Wakafkan pada sesiapa yang hendak mengaji. Ada juga sahamnya.


Sekali pandang, mama tertarik dengan Buku ini. Hard cover, kertas tebal Dan penuh warna-warni. 


Olahan isi kandungannya menarik. Setiap Surah pendek yang ditulis, diberikan tafsirnya Dan diperkuatkan pemahaman berkenaan ayat tersebut dengan cerita pendek yang menarik. 



Tak membazir tau beli buku ni. Adam baca berulang-ulang kali setiap hari. Alhamdulillah Surah pendek di dalam buku ini telah berjaya dihafal. Bonusnya, Adam juga tahu kisah mengapa ayat tersebut di turunkan. Contoh-contoh yang relevan dengan keadaan sekarang juga diberikan. 

Awesome! 

5 comments:

  1. Menariknya buku ni...saya nk cari juga utk naim dan nazif...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul2 menarik! X rugi membeli :)

      Delete
  2. menarik Sgt buku ni..bagusnya Adam..guna sebaliknya buku yg mama beli untuk dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Carilah untuk aiman. Olahan dia menarik!

      Delete
  3. La.. saya hari tu dah beli buku lainla nampaknya.. saya tgk ingat macam sama.. juz amma yang saya beli tu.. lebih kurang gini ga kandungannya.. ada maksud setiap ayat dan sebab diturunkan ayat tu.. haha.. lain ke bukunya.

    ReplyDelete