Mati Kutu Bila Adik Tiada


Adam yang kebosanan. Kafa tutup kerana cuti peristiwa. Adik di nursery. Papa kerja dan mama juga ada sebeban buku yang perlu dihadamkan. Kikiki.

Mulanya Adam main Xbox. Rasanya, kejap je kot. Baring sebelah mama, ditunjukkan buku cerita yang baru dibeli, kisah Nabi Daud. Habis baca, Adam mati kutu.  

Itu kisah sebelum mama ambil adik. Maklumlah... Kalau adik ada, nampak gayanya, adik la yang akan membaca Dan study segala buku-buku mama. Silap haribulan, adik siap tinggal kan nota di dalam buku. Tapi, nampaknya Abang betul-betul mati kutu. Bagi mama masa sedikit, Dan akhirnya ...


Yeay!!!! Boleh main dengan adik! Hurmmmm... Rumah yang tadinya sunyi telah kembali hidup!

3 comments:

  1. suka tengok gelagat adik beradik macam ni.. bila ada, gaduh, tapi bila tak ada rinduuu.. sama macam anak buah saya..

    ReplyDelete
  2. nasib baik Aleesya balik akhirnya. kalau tak, mesti dia mintak adik lagi.hehee
    KucenMaster.blogspot.com

    ReplyDelete