Main Taman Di Rumah Baru

Lamanya tak update blog. Kikiki. Sampai melambak gambar dalam kamera. Bila lama sangat kumpul, mood makin menipis. Kikiki. Bukan apa, menulis dengan perasaan. Kalau dah lama sangat tak update, perasaan tu dah kurang. Tak excited.




Ini gambar bulan lepas. Kali pertama menjejakkan kaki ke taman permainan di rumah baru. Dan... Nampaknya belum ada kali kedua. Kikiki. Kesian anak-anak!

Lokasi taman ni betul-betul di belakang rumah. Hanya jalan memisahkan. 

Masa datang ni, rumah masih belum kemas sepenuhnya. Masih banyak kotak-kotak yang belum disusun. Sekarang? Masih belum 100% lagi. Tapi, sudah selesa didiami. Alhamdulillah.

Hajat hati, Adam nak belajar naik basikal. Ye la. Basikal beli dah bertahun. Tapi jarang dinaiki. Nampak macam baru beli semalam. Ehhh... Hahaha. Not for sale sebab nak pass kepada adik. Kononnya, jika Adam dapat naik basikal dua tayar, boleh la dihadiahkan dengan basikal yang besar sedikit.

Adam dan Aleesya berakhir dengan main taman. Tak main basikal pun. Juga bintat-bintat digigit nyamuk. Banyak nyamuk oooo. Lain kali, mama nak try spray sedikit basic-h Shaklee dekat baju dua orang budak comel ni. Sebab ada member buat, katanya menjadi. Nyamuk tak datang dekat. Sayang juga rumah dekat taman tapi anak-anak tak dapat bermain taman!

2 comments:

  1. Harap-harap tak lama lagi boleh kita sama-sama bawak anak gi main taman. hahaha! angan-angan ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lai3.... Meh pindah sini. Taman betul2 belakang rumah.

      Delete