Main Puzzle Dengan Aleesya

Aleesya pandai cari aktiviti sendiri. Ada sahaja yang nak di buat. Memanjat sana, melompat sini, menari sana dan menyanyi di sini. Paling tak tau apa nak dibuat pun, Aleesya akan menyakat Adam. 

Hari ini, mama keluar kan puzzle ni. Puzzle lama kepunyaan Adam. Saja la cuba-cuba kot-kot Aleesya berminat. And yes! Aleesya menunjukkan minat!

Cara mainnya mudah sahaja. Mama akan pasang kan puzzle ni, dan sepantas kilat Aleesya akan menteraburkannya semula. Kemudian, bising la si comel mama, " Cabut! Cabut! " sambil menghulurkan puzzle yang dah diceraikan. Kenapa? Nak suruh sambung kembali!


Sibuk nak menceraikan puzzle yang telah mama cantum. Tak sempat tau nak mengejar kepantasan mencerai tu. Melilau mata mama mencari puzzle yang sepadan.


Lama mana kami bermain? Ada la dalam 5 minit lebih kurang. Sekejap aje. Ye, mama faham, time span Aleesya masih singkat untuk aktiviti seperti ini. Tapi, mama happy. Sikit-sikit lama-lama membukit!

Jom tengok apa kelebihan bermain puzzle. Boleh juga jenguk-jenguk aktiviti Abang Adam bermain puzzle semasa kecil. Kikikiki. Maklumlah, sekarang Adam dah jadi anak bujang :p 

6 comments:

  1. proses mencerai puzzle ni pun bagus kan utk aleesya..nmpj aleesya seronok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Lega sbb Aleesya suka. Memang bagus mencerai kan puzzle.

      Delete
  2. hepinye aleesya..makin comel beliau

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,
    silalah gigih ya mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang berusaha menggigihkan diri :)

      Delete