Kebaikan Muzik Atau Nursery Rhymes Kepada Anak-Anak

Mama bermula agak lambat dengan Aleesya. Lambat in terms of membaca kan buku secara konsisten aka read aloud dan juga aktiviti menyanyi kan nursery rhymes kepada Aleesya. Alasan? Mama yang tidak kuat semangat. 

Nampak gaya, baby aktif mama ni sangat suka kan buku. Mungkin faktor melihat buku abang Adam yang melambak di rumah.  Di rumah lama kami, Adam mempunyai ruangan aktiviti sendiri yang luas. Di rumah baru, hanya sudut kecil sahaja yang mampu mama sediakan berikutan ruang yang terhad. Nampaknya, tidak semua material akan dapat disediakan pada satu-satu masa.

Hurmmmm... Apa eh kebaikan read aloud kepada anak? Nanti mama cari link  nya. Sementara tu, baca kelebihan bacakan bed time stories kepada anak. Banyak dah diceritakan. Alhamdulillah, memang ketara la nampak kesan baik melakukan aktiviti read aloud dengan anak.

Apakah kebaikan nursery rhymes? Haaaa... Kenapa nursery rhymes dan bukan ayat-ayat al-Quran? Kerana nursery rhymes ni bukan lah semasa-mata untuk dinyanyikan. Kita nak buat aktiviti menyanyi, menari, melompat dan apa-apa la aktiviti yang terlintas di fikiran.

Mendengar dan menyanyi kan nursery rhymes akan membantu meningkatkan kemahiran mendengar anak. Dan juga kemahiran meniru. Ha! Apabila Aleesya mendengar nursery rhymes, walau pun Aleesya tidak boleh menyanyi kan lagi tu, ada beberapa part yang mudah dan senang diingati yang dia boleh ikut! Belum lagi termasuk meniru pergerakan mudah seperti yang dilihat. 



Nampak tak Aleesya happy tu?

Lagi pun, ini adalah aktiviti yang menyeronokkan. Bukan setakat Aleesya yang boleh berjoget-joget, Adam dan mama juga boleh tumpang sekaki. Hehehe.

Jadi, jika tiada sebarang aktiviti di hujung minggu, jom serikan hidup anak-anak dengan hanya memasang muzik!

No comments:

Post a Comment