Bila Avengers Datang Menyerang


Siapa dah tengok avengers? Best tak? Anak-anak bujang macam Adam mesti teruja. Seronok. Sayang la jika tak tengok.






Haaaa... Yang ini bukan movie, tapi... showcase avengers di Mid Valley. Ya Allah, ramainya orang. Macam lautan! Sampaikan nak bergambar pun kena beratur panjang! Memang agak mencabar, lebih-lebih lagi jika kita membawa anak kecil yang manis ini. 




Selain poster-poster yang sangatlah gorjes, miniature kecil patung-patung superhero, ada juga patung-patung bersaiz mega!



Disebabkan ramainya orang, kami mengambil keputusan untuk makan mengisi perut terlebih dahulu. Kononnya, banjiran lautan umat manusia akan berkurangan. Tapi... Salah! Orang semakin ramai.



Di celahan orang yang ramai ni, Adam berusaha sedaya upaya untuk bergambar kena dengan segala macam super heroes yang ada.

Aha... Sourvenior untuk si hensem mama adalah pencil box avengers. Haaaa... Ramainya manusia di sini, kami decide untuk membeli di toys 'rus. Nasib tak menyebelahi, tak ada pencil box tu di toys rus!

2 comments: