Bangun Tidur

Ini lah aktiviti si adik di dalam seminggu ni. Bangun tidur, cari iPad. Nak tidur pun cari iPad. Dah nak sama dengan Adam masa kecil-kecil dulu. Ingat kan, Aleesya memang tak suka kan gadget. Maklumlah, di rumah ni banyak je gadget Abang Adam. Tapi... Adik tak heran pun selama ni.



Ini kali, susah sikit la Abang nak main game. Sebab adik nak berkongsi iPad dengan Abang. iPad Adam tinggal sebiji je. iPad mini. Yang besar tu, banyak game tak compatible lagi. Selamat dah dijual. Kalau tau adik pun berminat dengan iPad, tak Jual la iPad tu dulu.

Ayat adik, " Nak nyanyi! ". Atau pun, " Nak baby ". Fuhhhh... Berjoget memang la nombor satu!

Mandi belum, makan sudah... Nyanyi dulu! 

2 comments: