Aktiviti Kanak-Kanak Dua Tahun

Aleesya suka menconteng. Selain menconteng buku kosong, mama berikan buku tadika Abang Adam dulu. Kikiki. Mama angkut juga buku-buku tadika. Sayang nak di buang. Lagi pun buku-buku ni, masih banyak lagi muka surat yang masih belum disentuh.


Ini adalah buku matematik tadika Abang Adam. Nampaknya telah bertukar hak milik. Kikiki. Takkan la Adam masih berminat dengan aktiviti mengenal nombor lagi kan? Aleesya sekadar menconteng. Mama hanya hulurkan buku kepada Aleesya. Nampak tak Aleesya mewarna buku tu secara terbalik? Kikikiki.


Bukan main kan si kecil ni. Pensel warna tu Aleesya yang punya. Aleesya pantang nampak kaler, mesti nak minta di belikan. Jadi, semasa belikan pensel warna baru untuk Abang Adam sempena menghadapi minggu exam, Aleesya juga dapat pensel warna baru! Motivasi untuk Adam dan gembira kan hati Aleesya juga :)

2 comments:

  1. tak lama hayat pensel kaler tu nanti kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekekeke. Banyak set dah kaler Aleesya. Alhamdulillah masih cukup sifat semuanya << Abang Adam jadi tukang tolong kemas

      Delete