Sembang Frame Gambar


Frame gambar! Weeehaaa! Suka! Suka! Suka! Penuh gambar Adam dalam frame. Haaa... di dinding pun penuh dengan gambar Adam. Muka Adam penyeri almari dan dinding rumah.

Frame kosong masih banyak di rumah. Ahaaa... boleh print dan letak gambar Aleesya. Bila? Itu nak kena ingat selalu. Banyak gambar Adam dan Aleesya. Pilih sahaja yang mana nak di print.

Putih? Kebanyakan frame putih. Tetap juga suka solid warna hitam dan coklat. Wahhh... sukanya! Kenapa entry frame ni? Sebab... busy nak packing barang untuk pindah rumah. 

Owhhh... Adam start exam hari ni dan sepanjang minggu depan. Mama harap, Adam dapat jawab berdasarkan penumpuan dalam kelas ya. Maaf. Tak sempat nak berseronok dengan buku. Insya Allah Adam boleh. Result tadika tahun lepas pun cantik walaupun masa tu mama sibuk dengan adik. Sebelum tu pun ok, walaupun terpaksa banyak ponteng sekolah menemani mama berumahtangga di hospital.

2 comments:

  1. banyaknya frame.rajin MA beli frame ye.gud luck untuk Adam.budak bijak mesti boleh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka frame. dan lilin! kikiki. insya Allah, harap2nya Adam bertabah menghadapi exam :)

      tq pk :)

      Delete