Mengajar Bahasa Arab

Silap tajuk entri tu. Patutnya, belajar dan mengajar bahasa Arab. Kasihan tengok Adam buat homework. Bila bahasa Arab, terkulat-kulat nak membantu. Sebab, nak baca arahan pun tak mampu. Ishhh...

Mama main teka-teka je la. Nasib la Adam. Itu yang berazam nak belajar bersama tu. Agak-agaknya, apa method yang sesuai ye? 

Setakat ni, mama fikir nak buat flashcard sahaja. Berpandukan buku text Adam la. Kena ikut silibus Adam sepenuhnya. 

Kena bersengkang mata ni. Kikiki. Maklumlah... perjalanan pergi kerja dah 50km. Balik kerja lagi. Tak termasuk jem. Ahaaaa... merungut pula. No. No. No. Bukan merungut. Menyediakan alasan kalau mama lambat mula mengajar. Hihihi.

Insya Allah boleh. Kata orang, biar lambat asalkan sampai. Sampai kah? Kikiki.

Kenalah cari masa nak bertafakur di kedai buku. Cari-cari buku yang menarik. Kot jumpa kamus bergambar ke. 

Macam mana ye cara berkesan nak ajar bahasa Arab?

No comments:

Post a Comment