Masuk Telinga Kanan Keluar Telinga Kiri

Ahaaa... apa ye maksud perumpamaan di atas? Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Haaaa... lama tak update blog. Tetiba perumpamaan bahasa Melayu jadi tajuk. Banyak sebenarnya nak ditulis. Tapi, kekangan masa. Kalau dulu, asal tersedar tengah malam, update blog dulu. Scheduled kan siap-siap biar tiap hari ada update. Sekarang, asal tersedar je, samada nak kena mengemas rumah baru. Ye la... berkali-kali mengubah. Letak sana, tarik sini. Mencari yang sesuai.

Sedang lipat baju, Adam bertanya. 

" Mama, macam mana Adam nak fokus dalam kelas masa cikgu mengajar? ".

" Dengar je la. Kenapa? ".

" Susah la mama nak tutup telinga kiri dengan tangan kiri ".

" Erkk... kenapa nak tutup telinga kiri? ".

" Ye la.... Adam tak nak la nanti bila cikgu ajar, masuk telinga kanan pastu terus keluar kat telinga kiri. Macam mana nak suruh duduk je dalam otak? ".

* gelak.

" Sapa cakap kena tutup telinga kiri? ".

" Cikgu sekolah dulu. Tapi Adam penat la nak tutup telinga ".

* gelak lagi. Kesian Adam!

" Owhhhh.... Adam kena tipu ni. Cikgu tu gurau je. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri tu perumpamaan la ".

" Alaaaaaa.... Adam ingat betul-betul. Penat Adam tutup telinga kiri. Apa maksud masuk telinga kanan, keluar telinga kiri tu mama? ".

" Maksudnya, budak yang cikgu dia ajar, dia buat tak tahu je. Dia tak belajar ".

" Owhhh ".

Aduhhhh... sakit perut mama tau. Anak mama ni punya la tanya cara nak tutup telinga sepanjang kelas, biar ilmu tak keluar. Rupa-rupanya, cikgu bergurau aje. Budak baru 7 tahun, masih suci dan innocent. No bengkak bengkok. Kalau cikgu kata A, A la jadinya. 

4 comments:

  1. Sakit perut anti gelak sekali :)

    ReplyDelete
  2. Sakit perut anti gelak sekali :)

    ReplyDelete
  3. hahaha Adam ni funny betul..yg penting semangat nak bagi ilmu tak keluar tu.sanggup tutup telinga.yang ni memang solute!

    ReplyDelete