Kuah Tumpah Ke Nasi

Bangun tidur dalam keadaan segar. Juga bersemangat nak mengemas barang. Ahaaa... sesi mengemas barang mungkin akan berlanjutan selama beberapa bulan. Packing dan unpacking. Kikikiki.

Berjalan ke arah dapur, rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Aiyakkkkk... 

Adam telah melabel bekas tupperware biskut dia. Dengan permanent marker. Fuhhhh...


Di atas dua penutup tupperware tu tertulis " Tak rosak ".

Hurmmm... memang kuah tumpah ke nasi la ni. Mama memang biasa melabel. Senang dan organize. Nak cari mudah, dan lebih jimat!

Tapi... label mama semuanya menggunakan sticker. Bukan direct tulis pada bekas. Hai la anak.... memang budak-budak ni cepat absorb apa yang dia nampak. Cuma kita kena la guide apa yang betul dan tidak.

Macam Adam, dia simpan di kepala tentang labeling. Bagus. Cuma perlu di polish sedikit ilmu tu. Labeling dengan cara yang baik tanpa merosakkan bekas. Kikiki.

Apa pun, tq Adam. Dah nampak di situ. Niatnya untuk membantu. Mesti Adam tak sangka, bantuannya itu masih boleh diperbaiki. Silap mama tak jelaskan dengan betul apa yang selalu mama buat.

2 comments:

  1. sistematik betul MA..kemas barang pun siap label..Adam bijak sangat!permanent marker pulak tu.hehe..

    ReplyDelete