Alasan Kenapa Tak Beli Buku Untuk Aleesya


Baby book! Owhhh... berkotak-kotak buku di rumah. Siapa yang empunya? Adam! Ini pun sebahagiannya dah musnah dilanda banjir. Owhhhh.... nanti mama godek-godek cari entri banjir tu ya.

Buku apa nak di beli untuk Aleesya? Hurmm... buku abang pun, bukan semua dah di baca. Jadi, marilah kita amalkan budaya berkongsi. Buku Adam diperturunkan kepada Aleesya.

Kecuali la nanti kalau mama dah rajin nak ber aktiviti dengan abang dan adik, mungkin mama cari buku baru. Haaaa... benda baru ni, bukan sahaja motivasi untuk anak, emaknya juga! Semangat bila tengok benda baru. Kikiki.

Tapi di dalam kepala mama, macam nak perbanyakkan buku DIY. Cerita lebih realistik dengan kehidupan kita. Cerita tentang adik, print gambar abang dan adik. Hohoho.... projek mega! 

Nak buat macam buku abang Adam dulu-dulu.

Haaa... mama tengah busy packing barang. Nanti, bila tiba masanya dah di unpack balik, boleh snap gambar buku-buku DIY abang Adam. 

1 comment:

  1. memang buku DIY ni lagi best..jimat pun ya!untung Aleesya ada banyak buku Abang Adam.aiman buku semua versi besar2.baby book dulu2 jarang belikan. hehe

    ReplyDelete