Adik Ke"Jealous"An


Mengintai dari celahan grill. 
Itu sahaja yang mampu Aleesya buat. 
Pandangan matanya sayu.
Penuh harapan.

Akhirnya...
Hasrat hati tak tertanggung.
Mulut puas memanggil abang. 
Tapi... abang sibuk bermain. 
Ke sana ke mari bersama rakan.
Tanpa mempedulikan adik.

Adik punya keinginan yang sama.
Untuk bermain bersama abang. 
Nak berlarian dan berkejaran dengan abang. 
Hanya satu alasan.
Sebab adik sayang abang.

Tapi...
Abang langsung tak dengar.
Abang tak peduli pun pasal adik.
Nasib baik mama ingatkan abang.

Barulah abang sedar.
Adik keseorangan.
Abang kembali kepada adik.
Bermain dengan adik.

Adik sayang abang.

Insya Allah abang dan adik.
Mama akan selalu mengingatkan.
Betapa kita saling memerlukan.
Mama ada. 
Mama sentiasa ada bersama adik.
Sayang abang dan adik mama!

5 comments:

  1. Replies
    1. kesian kan. nak dilepaskan main sama2, aishhhh... tak boleh harap lagi budak-budak ni.

      Delete
  2. kesian dekat adik..comel je gaya aleesya mengintai dari celahan grill tu!memang anak2 ni kena selalu diingatkan..kasih syg adik beradik kena utuh.chewah!

    ReplyDelete