Tupperware Ku

Eh... tayang tupperware pula! Haaaa... saya bukan tokey tupperware, bukan nak promote tupperware. Saya tokey Shaklee. Kalau berminat, sila la contact. Ahaaa!

Ini nak cerita pasal bekal. Mama ni memang la jarang nak bawa bekal. Tapi, asal bawa bekal, tupperware semuanya ada nama. Kikiki.

Haaaa... dulunya, semua tupperware mama di tulis dengan nama Adam. Sebab, memang mama bekalkan makanan untuk Adam sesekali. Buat makan petang-petang.

Sekarang? Cuba lihat. Dah jadi dua nama. Nama Aleesya pun ada. Bekalan roti atau biskut ke nursery. Kudap-kudapan petang!


Owhhh... sejak bersekolah ni, awal-awal aritu sahaja Adam berbekal. Cuma bawa bekalan ringan untuk sesi petang. Sesi pagi, seronok nak membeli di kantin sekolah katanya! 

No comments:

Post a Comment