Sand Art Ultraman

Adik comel tidur. Jarang si kecil ni nak tidur lama. Kecuali di dalam aircond. Cuaca panas membahang. Aleesya lena tidur nampaknya.

Mama pula, konon-konon mengemas. Sementara menunggu Aleesya bangun dan keluar berjalan-jalan. Adam terbaring. Tengok tv tidak, main game pun tidak. Bosan agaknya kerana kami jarang duduk di rumah. 

Saja tanya :

" Nak buat sand art ? ".

" Nak! ".

" Buat cepat sementara adik tidur ".

Jadi, Adam isi masanya dengan membuat sand art.


Kusyuk je Adam.


Akhirnya... Nasib baik sempat di siapkan.


Kerana adik comel dah bangun :)


Bila adik dah bangun, buat apa ye? Isi masa dengan makan-makan pula ;)

2 comments:

  1. Kalau Aleesya berjaga, tak merasalah nak nak bersand art ni ya, Adam. At least, bila si kecil nyenyak tidur, banyak perkara boleh buat. Anak-anak saya pulak lain sikit perangai. Tak reti tidur siang. Kita yang selalu tertidur dek kepenatan melayan mereka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huiii... bertahun x buat sand art. kikiki. si kecik ni, kalau kat luar, 5 minit je tidonya. haaa... bawa masuk bilik, pasang aircond... sejam pun boleh tido. lena!

      kikiki. diorang x kacau xpe. kalau mengacau x kasi tido, lagi haru!

      Delete