Perkembangan Aleesya 17 Bulan


Adik manja dah besar. Setahun lima bulan atau sudah 17 bulan! Weee ~~~ Ahaaa... apa perkembangan si manja mama ni? 

Bercakap, tapi tak penuh la.

Satu hari tu, abang duduk sebelah mama. Tau apa adik buat? Dia cakap " Pi... nak dudok ", dan terus duduk atas riba mama. Haaa... adik memang jealous kalau abang nak bermanja dengan mama.

Yang ini kelakar. Sampai penuh mulut nak menyebut. " Bobobok ". Kikiki. Bobobok tu refer kepada boboboi. Ahaaaaa... Nampak seksa nak menyebut!

" Nak cucu ". Maksudnya nak susu. Aleesya masih menyusu badan. Jadi... apabila dapat apa yang diingini, dia akan tepuk tangan dan cakap " Yeayyyy ". Ye la... dekat school minum botol kan.

Lagi... Aleesya suka yang cantik-cantik : baju ke, ikat rambut ke. " Cantik " katanya. 

Satu hari Aleesya mengadu, " Sakit ". Sambil tunjuk kaki. Ingatkan saja je. Awal pagi pula tu. Buat-buat la gosok kaki Aleesya. " Sakit! Sakit! ". Petangnya baru perasan, ada kesan bintat digigit binatang. Entahkan nyamuk, entahkan semut. Alaaaa kesiannya. Haaa.. jangan pandang ringan kalau anak mengadu sakit.

Kalau buang air besar, Aleesya akan cakap, " Yak! Yak! ". Kikiki. Cakap sambil atau selepas meneran. Haaa... kalau dah pandai cakap sebelum membuang, jimat duit tak payah pakai pampers. Kikiki.

Owhhh... selain dah pandai cakap, Aleesya dah pandai merajuk. Ahaaa... memang pandai tau dia merajuk. Next mama nak update kisah si comel ni merajuk. Hoho...



4 comments:

  1. Aleesya dah pandai sebut banyank perkataan juga ye. Afia baru ni nak cakap byk perkataan baru.dah boleh mengajuk apa yang kita cakap.sebelum ni asyik sebut perkataan sama.


    Bab merajuk memang A. Anak girl kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa... betul tu! memang A la bab merajuk. kalau boleh, kasi A++++

      Delete
  2. Wah.. dah banyak perkataan yang pandai Aleesya sebut tu. Ada idola dia jadi lebih cepat perkembangan anak kedua kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi aleesya sebut : air, jatuh, cat, dog, dirty, tumpah... tapi x ingat benda best nak tulis :)

      Delete