Pengalaman Naik Beca Di Melaka

Dapat memenuhi hajat Adam yang teringin nak merasa naik beca. Di mana beca berhias ni? Di Melaka. Tema Frozen? Bukanlah kami memilih tema sebenarnya. Apa-apa tema pun tak kisah, cuma mungkin dah rezeki pakcik ni, dalam banyak-banyak beca, beca dia yang kami naik.



Sempat lah kami welfie di atas beca. Gambar bertiga aje. Adam tak boleh nak mendongak katanya. Silau. Aleesya pun mata dah kuyu tu.

Tunjuk mata kuyu.



Dalam kepanasan, princess kami lena pula tidur :)


Sambil mengayuh beca, pakcik ini bercerita tentang sejarah Melaka. Peramah orangnya. Route kami dekat sahaja memandangkan panas yang membahang walaupun jam telah menunjukkan pukul 6.30 petang. Phewww...

Pusing-pusing di atas beca. Pakcik pengayuh beca bertanya sekiranya kami nak berhenti bergambar, dia boleh tunggu. Tapi... keadaan panas membuatkan kami langsung tidak berhenti di mana-mana. Kikiki. Risau demam pula anak-anak comel ni.

Lalu di hotel kami. Jarang rasanya buat review pasal hotel kan. Tapi... rasa nak tulis juga sikit. Sebab, first time ke hotel yang kiranya unik macam ni. Pasal hotel, next update ye. Ini entri beca. Ahaa!



Tambang beca ni RM29. Berbaloi-baloi juga la untuk pakcik ni. Kesian dia bawa empat orang sekaligus. Katanya, dah biasa. Terima kasih pakcik. Lain kali kami datang lagi :)

1 comment:

  1. Dah lama nak naik beca kat Melaka ni tapi tak boleh naik berempat. Hahaha... Kesian nanti pakcik tu mengayuh bagai nak pengsan. Tengok ajelah saiz anak-anak saya :)

    Selalu pergi Melaka hanya day trip je, jarang tidur hotel. Ni yang dekat dengan area Jonker St tulah kan? Saya ada juga nak naik beca dari parking kereta ke Cruise tu, kena bayar RM10 tapi HD kata lebih baik kita 'catwalk' anak beranak. Duh, berpeluh!

    ReplyDelete