Orang Ada Abang

Haaaa... inilah bezanya orang ada abang. Jalan nak pegang abang dia. Owhhh... tak ada lah. 5 minit pun tak sampai. Aleesya lebih suka di dukung. Nasib baik la saiz adik ni comel je. Tak ada lah sakit tangan nak mendukungnya.


Tapi... orang ada abang ni lain macam sikit. Bangun tidur, cari abang dulu. Kalau abang tengah tidur, dia pergi kiss abang dia.

Kalau Aleesya tak ada selera makan, haaa.. cuba suruh Adam suapkan. Laju je dia nganga. Adam pula la yang mengeluh letih. Ahaaa!

Apa abang buat, semua nak tiru. Nasib baik la dapat abang yang suka melayan. Mungkin pasal abang suka melayan tu la dia sayang abang dia kot?

Satu lagi, ambil Aleesya di nursery. Amboiii... dia intai abang dulu kat dalam kereta. Sambil mulut riuh memanggil " Abak! Abak! Abak! ".

Kata papa, dulu papa tak ada lah happy sangat kalau nampak abang papa. Tak nampak pun tak apa. Kikikiki... mesti abang papa nakal tu. Abang papa tak sama dengan abang Aleesya. Ahaaa...

4 comments:

  1. Abang Adam jenis rajin melayan..pastu loving, caring, manalah adik tak sayang abang lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa.. memang jenis melayan. sayang sangat dekat adik dia. jealous jugak nk rebut perhatian aleesya ni. kikiki

      Delete
  2. Adam is a good &funny boy, wpun baru jumpa dia pandai layan budak2.

    ReplyDelete
  3. Adam is a good &funny boy, wpun baru jumpa dia pandai layan budak2.

    ReplyDelete