Nak Nana!


Semalam beli pisang untuk Aleesya. Pisang? Sebab hari tu, Aleesya nampak permainan pisang. Dia kata, " Nak banana! ". So semalam saja try. Kot Aleesya nak makan.

Dan... Aleesya makan. Hurmmm... pisang dale besar tu. Habis separuh. Mama bagi sikit-sikit sahaja. Sayang jika tak habis. Habis je Aleesya minta. Habis je Aleesya minta. Cukup tiga kali, akhirnya Aleesya geleng cakap " Tak nak! ".

Nampak adik makan beria-ia, abang pun minta pisang. Adam memang tak makan buah. Entah laaa... kecil-kecil memang hari-hari bagi buah. Macam-macam buah. Bila besar, dia memilih pula. Katanya, " Adam makan epal je ". Beli apple, tak makan juga.

Nampaknya... sekarang boleh la guna adik untuk pujuk Adam makan buah. Ahaaa!

4 comments:

  1. Aleesya dh pandai sebut banana ye. Pandainya dia! Lately Afia dah kurang makan.semua benda pun dia tak selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak juga perkataan aleesya sebut. ada yang jelas. ada juga yang jauh sangat bunyinya.

      Delete