Mudahnya Mencuci Stokin Hitam


Stokin hitam, putih berseri semula. Wahhh!!! Tajuk tak ingat ni. Kikiki. Tapi... tak tipu tau. Ikhlas dari hati. Sekarang ni, kononnya hanya entri personal sahaja kat sini. Entri Shaklee kat shapemy. Tapi... ini kira personal la juga. Pengalaman sendiri :)

Area rumah sekarang asyik di fogging. Memang denggi melanda. Tahun lepas jadi kawasan paling banyak kes di Malaysia. Fuhhh... Malaysia tau... bukan KL. Tahap bahaya. Tahun ini nampaknya kes makin meningkat. Huuu...

Selang sehari, kawasan rumah di fogging. Lantai jangan cakap la. Berminyak. Aduhhh... kena rajin exercise mengemop lantai. Ok la... untuk mengemop lantai, mama memang letak beberapa titik ke dalam baldi. Bersih berkilat. Cuma kena rajin la nak mengemop kan? Letih tau nak kena mop lantai tiap hari. Harap la denggi cepat berlalu!

Tapi nak cerita pasal stokin ni. Bila lantai berminyak, haaa... walaupun stokin Adam ni mama ganti setiap hari, kadang-kadang apabila dia keluar dengan hanya berstokin tanpa kasut, digosok-gosok pula kakinya pada lantai... hasilnya... hitam! Hitam stokin Adam. 

Dua experiment mama buat. Satu, mama rendam stokin hitam dengan dua - tiga titik basic h ke dalam air rendaman. Kemudian baru cuci. Hasilnya, bersih!

Kedua, titikkan dua - tiga titik basic h ke dalam washing machine. Hasilnya, tetap bersih. Kikiki. Lega tau!

Basic H ni, mama beli masa Aleesya mula-mula lahir lagi. Memang mama guna untuk cuci botol dan puting Aleesya. Bersih. Sekarang, bertambah lagi kegunaannya. Botol dia kecil aje. Tapi... mama guna untuk mencuci botol, puting, mengemop lantai dan sekarang mencuci stokin hitam Adam, masih seinci tinggi balance basic H ni. Berbaloi-baloi. Guna setahun tuuuu...

Owhhh... ada member guna untuk rendam kasut anak. Tak rendam lama pun. Kejap je. Pastu tak perlu susah-susah nak memberus. Fuhhh... bersih berseri. Yang ini, mama belum try lagi la :)

Kesan milo dan sambal pada baju Adam pun hilang sepenuhnya!

Sebotol ni 473ml je. Lebih kurang saiz botol mineral kecil. Kecil tapi berkuasa! Mama guna belum habis sebotol pun sejak Aleesya lahir. 

Haaa... mana nak cari basic H ni? Sila la roger i. Kikikiki. Follow la sekali shapemy blog dan fb

2 comments: