Melawat Kampung Kraftangan Kelantan


Selepas kenyang makan di restoran Nasi Ulam hari tu, kami memgambil kesempatan untuk pusing-pusing melihat keadaan sekitar. Owhhh... restoran Nasi Ulam dan Kampung kraftangan ni bersebelahan sahaja. Jadi, rugi kalau tak singgah!


Apa yang menarik di sini? Owhhh... bukan la perkampungan sebenar tau. Ia adalah satu perkampungan perlancongan. Rumah kayu zaman dulu yang dibina cantik. Ada banyak rumah dengan aktiviti kraftangan berbeza.



Di sini ditunjukkan kelas melukis batik, kelas menjahit. Juga ada banyak hasil kraftangan dijual.




Juga ada kedai emas di sini. Kikiki. Apa relevantnya kedai emas di antara kedai batik dan kedai lukisan potret? Mungkin seni pertukangan emas. Kikikiki.


Banyak lagi yang menarik di perkampungan ini. Ada orang mempertunjukkan silat, ada orang bermain alat muzik. Cuma kami kalah dengan cuaca yang panas terik pada waktu tengahari. Jadi, gagal lah untuk menikmati ke semua yang ada.

Kemudian, cubaan masuk ke Pasar Siti Khadijah yang bertahun tak di jenguk. Owhhh... dua kali pusing, tak dapat parking. Mungkin di lain kali kami menjenguk lagi!

3 comments:

  1. sambil jalan2 boleh belajar benda baru kn ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul! Sambil2 bersuka-ria ;)

      Delete
  2. lepas kenyang jalan2 tengok kraf, terbaik! tapi panas pulak,spoil betul!

    ReplyDelete