Melaka River Cruise

Alang-alang ke Melaka, kami beri pengalaman merasa naik bot kepada dua comel ni. Kali kedua untuk Adam dan kali pertama buat Aleesya. Pengalaman pertama Adam menaiki Melaka River Cruise di sini.


Apa yang seronoknya perjalanan selama lebih kurang 40 minit menyelusuri Sungai Melaka ni? Ahaaa... nak cerita daripada perspektif budak. 

Untuk Adam, yang utamanya adalah pengalaman naik bot. Sambil bot bergerak, boleh nampak pelbagai kedai dan hotel di tepi Sungai Melaka. Dinding bangunan pula dilukis cantik.



Adam tak dengar sangat penerangan dan cerita sejarah yang disampaikan. Fokus utama adalah bot dan sungai. Juga Aleesya yang sesekali mengamuk. Kikiki. Cuma apabila nampak bangunan lama, Adam bertanya juga lah. Mujur mama mendengar penerangan yang diberikan. Boleh la beritahu Adam. Hihihi.

Jom sama-sama kita selusuri Sungai Melaka bersama Adam dan Aleesya :)


Lebih menyeronokkan apabila ada bot lain yang lalu. 


Sebenarnya, naik malam lebih menyeronokkan. Kenapa? Suasana sejuk dan cantik! Persisiran Sungai Melaka dibanjiri dengan lampu-lampu. Penuh warna-warni. 



Tapi, queue terlalu panjang. Berlingkaran orang beratur untuk membeli tiket. Jadi, kami naik pada waktu pagi. Bot pertama keesokan harinya.

4 comments:

  1. Sampai melaka tapi tak pernah naik river cruise. Baru berangan nti bila2 nak pegi..time cuti sekolah mesti lagi ramai orang kan..cmna la dpt ke tak merasa naik cruise waktu malam melihat keindahan melaka..wah berangan!hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki. malam sejuk dan memang cantik. kami sampai 8 malam, org dh ramai. tu yg naik pagi2. melaka... hujung minggu pun ramai, apatah lagi cuti sekolah. ke melaka ni, mcm tpt asing. ramai sgt pelancong.

      berangan x kena tiket. insya Allah dpt la naik nnti. kalau lepas maghrib terus keluar, mesti x ramai sgt. xpun beli tiket awal dan lepas maghrib, terus duduk dekat tpt menunggu boat!

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki. sorry... jari besar sgt. ter remove pula 😂

      Delete