Makan Kenyang Di Kedai Nasi Ulam


Kedai Nasi Ulam. Nak expect apa ya? Dalam pemikiran mama, ia seperti kedai makanan Kelantan di Taman Seri Gombak. Penuh dengan makanan tradisi seperti ikan dan ayam percik, gulai kawah, gulai itik serati dan tentunya budu dengan pelbagai ulaman.

Menunya biasa. Makanan biasa dengan pelbagai jenis ulam. Suite la kot dengan nama Kedai Nasi Ulam.



Suasana kedai selesa. Nak duduk di tempat ber aircond, kena datang super early. Kami sampai awal juga. Sebelum jam 12 tengahari, tapi tempat aircond sudah penuh. Nasib baik makan di luar juga selesa dan tidak panas. Banyak kipas. Mungkin hampir di setiap group of tables. Kikiki. Ada anak kecil, memang cerewet sikit kan :p



Nampak tak Adam yang makan dengan gembira?

Walaupun menu tidak sebanyak yang dijangka, apa yang terhidang adalah sedap dan secukup rasa. Mungkin juga sebab mama memilih untuk makan menu yang selamat. Kikiki. Nampak sangat cerewet makan. Menu ringkas : ayam goreng, ikan keli goreng garing, ulam-ulaman dan budu. Papa memilih ikan patin masak asam. Sedap juga katanya! Ehhh... penuh juga meja dengan makanan!



Nasi sepinggan penuh habis. Sukanya! Senang hati! Jarang mama nak singgah di kedai makan begini. Kerana kebiasaannya, tidak menepati selera. Tapi menu selamat, insya Allah tak lari rasanya. 



Harga? Nampak gayanya tak mahal. Boleh datang lagi? Boleh. Tapi, lauk simple macam ni, masak di rumah mungkin lebih sedap. Kalau rajin lah. Kalau malas, datang lagi. Kikiki.

2 comments:

  1. Amboi adam makan sedap ye,nmpk keli goreng terdampar atas meja dan2 lapaq..peberet sy ikan keli!

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak ekor ikan keli terdampar tu!

      Delete