Lawatan Ke Muzium Samudera

" Adam nak naik bot besar tu! ".

Haaa... bukan sebarang bot tau. Ini adalah Muzium Samudera. Wahhh! Muzium ni adalah replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada tahun 1990.


Cuba bayangkan dengan saiz kami... besar tak?


Jom tour bersama. Owh... ini kapten kapal ye...


Ok... kita menjauh sikit. Nak bagi nampak juga kebesaran saiznya. Kikiki.


Ok tour di luar sebelum masuk.


Kami bermula dari dalam kapal. Nak masuk kapal ni, kena buka kasut tau. Nampak tak bayang-bayang photographer?


Masuk ke dalam... nampak patung! Haaa.. " Kenapa ada patung? ". Ini nak gambarkan keadaan pada masa itu. Gambar patung bersama rempah-ratus. Perdagangan di Melaka. Haaa... Adam belum tau pasal sejarah, itu yang blur tak boleh nak relate tu.


Fokus utama muzium ini adalah untuk memaparkan sejarah kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan dunia : Emporium Timur yang dibanjiri dengan pedagang seluruh dunia. Bila cerita tentang perdagangan, masuklah perkapalan kan. Banyak replika kapal di sini.


Selain itu, ada juga dipamerkan senjata! Nak ditunjukkan sejarah kelautan Melaka dari zaman penjajahan Portugis sehingga era penaklukan Jepun.


Dah namanya muzium, keadaan di dalam adalah suram. Suram dan banyak patung, maka Adam takut untuk bergambar. Hihihihi.


Kasi adik comel berposing sebelum keluar.



Pemandangan dari atas kapal. Nampak Sungai Melaka.


Ini sahaja gambar di atas dek kapal.


Ada  bahagian lain muzium ini : di dalam bangunan. Tak sempat nak melawat kerana kesuntukan masa. Kikiki.

No comments:

Post a Comment