Kena Belajar Main Badminton Ni

Adam budak bandar yang tak biasa dengan aktiviti outdoor. Walaupun banyak tempat riadah berdekatan, selalunya Adam dibawa ke mall : jalan-jalan, makan-makan dan beli barang. Paling selalu Adam di bawa ke kedai mainan. Haaa... itu minat dua beranak : papa dan Adam.

Tapi sebenarnya, Adam ada je basikal, skuter. Nampak baru walaupun telah lama. Kerana jarang digunakan. Tiba masa untuk belikan basikal baru dan Aleesya mewarisi basikal lama Adam bila mencapai ketinggian sesuai. 

Cuma... Adam belum pandai naik basikal roda dua. Ya. Adam masih menaiki basikal dengan dua roda kecil. Kikiki. Azam mama, sebelum next balik kampung, Adam akan pandai bawa basikal. Kena rajin-rajin ke taman!



Ini cubaan main badminton. Aduhai... sama juga. Adam ada raket badminton di rumah. Tak pernah digunakan. Hasilnya, Adam je yang tak pandai nak main. Kesian pula tengok Adam.

Jadi... lepas ini, selain pandai menunggang basikal roda dua, Adam juga akan pandai main badminton. Baru la Huzaifah tak boleh buat tarian bont*t pada Adam lagi. Kikiki. Sensored sikit. 

2 comments:

  1. alahai budak bandar kan..aiman yg budak separa bandar ni pun tak pandai naik basikal jugak.sbb ibunya tak pernah belikan dia basikal pun.haha..badminton tu aiman pandai gak la..

    chaiyok Adam..gud luck!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha. untung la aiman boleh main badminton. adam pandai indoor games aje

      Delete