Kena Belajar Ke Darjah Satu?

Hari tu saya ada up entri, " Bila masa budak darjah satu belajar ". Untuk ibu berkerjaya macam saya, saya memang tertanya-tanya. Rutin Adam keluar rumah seawal 6.40 pagi setiap hari. Sampai rumah dekat nak masuk waktu maghrib. Letihnya seharian di luar rumah.

Mandi, makan, dan mungkin ada masa berehat sebentar. Jam 8, terus start buat homework. Setakat ini, alhamdulillah. Tak payah diingatkan. Adam tau, pukul 8 malam, Adam perlu mula siapkan homework. Kalau tidak, gagal la usaha nak tidur seawal jam 9.30 malam.

Kalau homework mengira, menjawab soalan, insya Allah jam 9.00 malam dah siap. Kalau mewarna dan menulis berulang-ulang tu, haaa... sampai 9.30 malam baru siap. Bosan katanya. Kalau homework siap jam 9.00 malam, maknanya ada lah gap setengah jam untuk Adam menonton tv atau bermain-main. Jam 9.30 malam, otomatik Adam akan mengajak masuk ke bilik dan terus tidur. Letihkan seharian!

Tapi dari komen-komen yang ibu-ibu beri, mama suka dengan dua pendapat : 
  1. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit 
  2. usaha yang luar biasa akan menghasilkan hasil yang luar biasa

Adam yang keletihan setiap hari, harapnya juga mengikut satu lagi komen :
  1. menumpukan perhatian di dalam kelas

Haa... Harap-harapnya la kan. 

Bukan sekadar suka, mama percaya dan yakin. Insya Allah, mama akan bantu Adam. Terpaksa la berfikir mengerah otak untuk mereka keadaan main-main. Kikiki. Macam ajar Adam masa kecil-kecil dulu. Walaupun hanya sekejap, tapi sekejap yang bermakna. Kekal kejap di ingatan. Kikiki.

Insya Allah, selepas kami adapt dengan rutin hidup yang berubah, dan selepas selesai urusan pemindahan rumah, sekolah dan macam-macam lagi, semuanya akan baik. Akan ada masa yang lebih untuk anak-anak mama juga. Owh ya... nak update juga, mama baru start membuat kelas tambahan untuk Adam di hujung minggu. Kikiki. Baru dua minggu : maksudnya dua kali weekend. Alhamdulillah, Adam buat dengan gembira. Jangka masa? Sekejap sahaja. Penerangan ringkas dan membuat sedikit latihan dalam masa hanya setengah jam sehari. Ye... mama hanya boleh cover satu subjek sahaja sehari. Mungkin slow, tapi... asalkan Adam faham, itu sudah bagus! Minggu lepas kami buat sirah dan bahasa Malaysia. Sirah dengan cara bercerita. Bahasa Malaysia dengan membuat soalan di buku yang wan hadiahkan.

Minggu ini kami di kampung halaman. Kononnya nak membantu Adam menghafal bahasa Arab di dalam perjalanan pulang ke kampung. Alhamdulillah. Berjalan lancar. Di kampung, mama hanya bawa buku latihan matematik yang wan hadiahkan juga. Alhamdulillah, Adam bangun awal pagi tadi. Siap mandi dan bersedia untuk membuat latihan sebelum keluar bermain. Nanti nak update entri khas. Kikikiki. 

2 comments:

  1. Bagus MA dapat anak yg rajin dan pandai macam Adam.Balik kmpg pun belajar, mmg solutelah..nak kena ambik semangat MA untuk Aiman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adam memang rajin. jenis ambil serius semua benda. jadi, kadang-kadang susah juga. kita melawak, dia serius!

      Delete