Insiden Yang Berlaku Pada Minggu Pertama Persekolahan

Pada hari pertama persekolahan Adam, ada dua insiden yang berlaku. Meh nak cerita.

Yang pertama, sampin sekolah agama mengecut! Apa dah jadi? Sebenarnya, masa 25 Disember 2014, ada orientasi sekolah agama. Ngam-ngam Adam pakai. Dah memang habit. Beli apa-apa mesti ngam-ngam. Kalau besar tak handsome dan nampak macam pinjam. Tapi.... silap perhitungan kot. 12 Januari 2015, sampin tu tak muat. Terpaksa mama adjust cangkuk sampin. Sampin tu, saiz S. Weekend nya, terpaksa beli sampin baru. Saiz L! Amboi! Cepatnya lingkaran pinggang membesar! Ingatkan kecil lagi anak mama. Dah besar rupanya anak bujang ni. Tak pasal-pasal kena beli sampin baru.

Insiden kedua adalah bas sekolah terpaksa menunggu Adam pakai kasut. Adam dah diberitahu, bas akan tiba pada jam 2 petang. Sebenarnya, Adam dah siap awal. Lepak di dalam transit bersama teacher tadikanya. Kawan-kawan transit yang lain adalah kakak-kakak dan abang-abang. Mereka telah siap berkasut. Bas sampai, terus lari naik bas. Sedangkan Adam, bas sampai baru nak pakai kasut. Kikiki. Hari kedua, dah ok dah. Ahaa!

Ada lagi satu insiden. Insiden ketiga. Yang ini terjadi semasa hari kedua persekolahan Adam. Diceritakan oleh Cik Mah, driver bas sekolah Adam.

Adam : " Cik Mah, ni nombor papa saya. Boleh tolong call papa saya? ".

Cik Mah : " Kenapa? ".

Adam : " Saya rasa nak balik rumah ".

Cik Mah berpura-pura call papa.

Cik Mah : " Tak dapat la ".

Adam : " Papa meeting kot. Call mama saya pulak la ".

Cik Mah mendail lagi.

Cik Mah : " Tak angkat juga ".

Adam : " Owhhh... meeting juga la tu. Ok lah. Saya naik bas je ".

Kikiki. 

Sekian insiden anak yang baru memulakan sesi persekolahan 2015 ini. 

2 comments:

  1. hahaha insiden terakhir tu semua trick.haha..macam2 ragam adam minggu pertama sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. trick budak nak balik rumah. nasib baik tak nangis kan. kikiki

      Delete