Homework Kaler Mengaler

Macam mana ye gelagat anak-anak darjah satu buat homework masing-masing? Ibu-ibu check kah beg sekolah anak-anak? Semakkah buku anak? 

Kikiki. Setakat ni, buku Adam mama kemas tengah malam. Selepas anak-anak tidur. Haaa.. time ni la juga baru nak semak buku sekolah Adam. Aduhhh... jangan ditiru perangai sebegini.

Setakat ini alhamdulillah. Lepas dinner, rehat dan main sekejap, Adam akan terus buat homework. Setakat ini, memang semua homework nya siap. Tekun Adam ni. Cuma bila kena menulis jawi atau menyalin ayat Al-Quran, wahhh... slow sangat. Kena bagi moral support dengan membantu sikit-sikit. 


Yang di bawah ni, mama ikut la outline rumput tu. Warnakan dengan hijau pekat. Haaa... inilah cara mama memberi moral support. Bantu sedikit. Jadi, Adam akan kembali semangat untuk meneruskan aktiviti yang kurang diminati. 


Sama juga dengan homework mewarna. Aduhhh... nak mewarna 2 muka surat je. Tapi... mengeluh. Nampak sangat Adam tak minat. Kalau disuruh membaca ke, mengira ke, lajuuuu je. 

Tengok la hasil mewarna di atas tu :)

2 comments:

  1. ms asyraaf dl...sikit je dia warna..bila tny knp x abiskan, dia ckp cikgu suruh warna yg haiwan je...adehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang di atas tu... dah siap kata adam :)
      mama pun redha je la

      Delete