Hadiah Buku Latihan Darjah Satu

Alhamdulillah, rezeki Adam. Wan hadiahkan tiga buah buku latihan darjah 1. Tq wan! Owh... mama nak review dua buah sahaja.

Buku latihan Bahasa Malaysia dan matematik. Baru tengok rupa bentuk buku, dah jatuh cinta. Buku dibuat dalam bentuk kertas tarik-tarik. Hihihi. Faham ke? Setiap helaian boleh dikoyak dengan kemas dengan adanya garisan putus-putus pada hujung atas kertas. Kemas dan ringkas!


Haaaa... ini adalah silibus bagi mata pelajaran matematik. Nampak kan?


Antara contoh soalan matematik.


Yang ini pula soalan dalam buku bahasa Malaysia. Macam ini rupanya bentuk soalan bidak darjah satu :)


Ini adalah kali kedua wan hadiahkan buku latihan darjah satu. Happy sangat. Tapi... kikiki... hari sekolah, Adam dah kepenatan. Hari cuti pula sibuk nak enjoy. Kikiki. 

Nanti mama cari la macam mana nak memanfaatkan buku-buku latihan ni.

2 comments:

  1. Untung Adam..pandai wan bagi hadiah yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. Untung jadi cucu sulung ya.. banyak dapat hadiah..

    ReplyDelete