Gelagat Balik Sekolah

Nak share gelagat dua beradik apabila di ambil balik dari sekolah. 

Adam happy tak terkira. Mungkin sebab tamat persekolahan pada hari itu, atau sebab jumpa mama dan adik. Kikiki. Obviously, bukan mama :)

Adik pun sama. Masya Allah. Jumpa saja abang, dia peluk dan kiss abang bertalu-talu. Rindu sangat la tu.


Jealous mama tengok!



Tapi... walaupun abang la yang paling adik sayang, abang juga la yang selalu adik buli. Tepuk muka, tepuk dada. Kuat tau! Bukan slow! Abang memang tak akan membalas. Bila sakit, abang menangis. Sebab, katanya, sakit. Mana boleh nak lawan dengan budak kecil. 

Nasihat mama kepada abang, lari lah. Kalau adik nak tepuk abang, abang lari. Jangan bagi adik buat dekat abang.

Hai... nasib baiklah jarak umur jauh. Jadi, Adam boleh bersikap rasional dengan Aleesya.

No comments:

Post a Comment