Gelagat Adam Shopping Sourveniors

Entry ini banyak gambar. Gambar area yang sama. Seumpama kami kembali ke jalan ini semula.

Mama dan Aleesya di depan. Entah apa la yang dicarinya.


Kikiki. Fridge magnet. Cari yang unik. Penuh sudah peti. Tapi, ini mama cari untuk anti juga :)


Kebaya? Unik. Tapi too simple.


Tapi hero cerita ini adalah Adam! Adam gigih berhenti dari satu kedai ke satu kedai. Cuba dan belek dari satu item ke item yang lain. Kiranya, Adam meneroka segala macam yang ada di sini. 

Alolo! Buat apa la dipegang ultraman plastik tu? Kikiki. Tiada yang istimewa. Mengimbau kenangan lama la tu :p


Adam. Tq papa yang gigih mengekori kami dan mengambil gambar. Orang ramai mencuba seruling. Adam pun tertarik dengan seruling ni juga. Wahhhh! Nak juga mencuba. Boleh ke?


Senapang ni cantik. Materialnya adalah kayu dan besi. Kemas pembuatannya. Letakkan getah pada larasnya, dan ia menjadi senapang getah. Macam lastik getah la kiranya. Haaa... kalau ada cicak, boleh la menembak cicak.


Topi! Sibuk pilih topi untuk adik. Untuk sendiri, Adam tak nak. Kikiki. Adam dah ada banyak topi. Haaa... topi yang adik pakai ni pun, topi Adam pada masa dulu. Kikiki. Kat sini memang banyak topi dijual. Bukan saja-saja nak bergaya, tapi cuaca panas. Silau. Harga pun, biasa-biasa sahaja. Tak mahal.


Haaa... nampak tak apa Adam tengah buat? Dia mencuba penggaru belakang. Aiyoooo.... sedap la papa. Nak ni! Haaa... dalam banyak-banyak benda, penggaru belakang yang dipilihnya.


Hasil di sini, Adam mendapat penggaru belakang, tshirt jawi Melaka yang awesome dan kompang! Ahaaa.. minat dengan kompang. Itupun dilema antara kompang dengan gitar. Gitar pun cantik dan kemas. Material kayu juga. 

Aleesya memilih spider urut. Puas la penjual di kedai cuba mempengaruhi Aleesya dan Adam dengan permainan yang banyak. Ahaaa... Diorang tak tahu, permainan dua beradik ni pun dah boleh buka kedai. 

Tips : survey la harga dulu. Ada seller yang jual harganya berbeza RM10 dari yang lain. Kami terkena pada hari pertama shopping. Hari kedua... dapat yang murah sikit :)

1 comment:

  1. Hahaha... Adam oh Adam! Dalam banyak benda yang dijual, penggaru belakang badan juga yang dia pilih. Klasik sungguh pilihanmu ya Adam :)
    Anak-anak saya ada dua habit yang tak boleh diubah buat masa ni - tak suka pakai topi dan shoes. Pujuklah macamana sekali pun, mereka tetap tak mahu. Kalau kita paksa, memang muncung 18 depa jawabnya buat sakitkan hati je nanti.

    Senang Aleesya boleh dikelek begitu je sambil shopping. Kalau dengan anak-anak saya dulu masa sebaya ni, tak terkelek. Asal kelek aje, nak patah rasa tulang temulang!

    ReplyDelete