Binatang Sepanjang Perjalanan

Apabila balik kampung, haaa... banyak la binatang yang boleh dilihat. Tentunya Adam dah kenal binatang-binatang ini. Untuk Aleesya, haaa... ini masanya nak tengok binatang secara live. Weahuuuu...

Dalam perjalanan, sempat melihat kambing biri-biri yang tumpang lalu. Kikiki. Jalan kampung katanya, memang banyak la kambing dan lembu. Ada juga ayam, tapi time tu jalan tak jem. Jadi, tak sempatlah Aleesya nak tengok ayam.

Hoho. Ingatkan Aleesya tak kenal. Nampak kambing, Aleesya mengembek! Mbekkkkk! Pandainya dia!

Seperti biasa, tak nampak kerbau di mana-mana. Agaknya sebab zaman dah semakin moden, petani dah tak guna kerbau untuk membajak tanah. Teringat kali terakhir pulang ke kampung, Adam sibuk nak mencari kerbau. 

Kerbau owh kerbau
Di mana la si kerbau

Kali ini juga, tak nampak kelibat sang kerbau. Ok. Tak mahu cari kerbau lagi!

Burung putih dan burung-burung kecil juga banyak berterbangan. " Bird! Bird! ". Ok la tu... mama ingatkan Aleesya kenal cat aje. Meowwww...

Nanti dah sampai di kampung, haaa... lagi banyak binatang yang kita boleh tengok! Harap-harap cuaca elok untuk meneroka kampung pula!

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki. tiap kali balik, ada je binatang tu... cuma kali ni, aleesya dah pandai cakap. teringin nk dengar aleesya sebut :)

      Delete