Bila Masa Budak Sekolah Rendah Belajar

Haaa... tu soalan tu. Soalan yang memang asyik tertanya-tanya di dalam kepala sejak Adam masuk darjah satu. Atau lebih tepat, budak darjah satu belajar ke di rumah?

Kalau di tadika dulu, tak belajar pun tak apa. Dah kenal abc, 123. Dah boleh membaca. Ini dengan jawi, feqah, sirah. Belum masuk bahasa arab. Matematik, english, bahasa. Banyak tu. Nak kena kuasai jawi baru boleh nak master semua subjek sekolah agama. Belum masuk bahasa arab yang nak baca soalan pun tak faham. 

Sekolah dah masuk bulan kedua. Adam memang tak adalah nak mengulangkaji di rumah. Penat. Seharian di luar. Maghrib baru sampai rumah. Mandi dan rehat, kena buat homework. Pukul 9.00 malam, mata dah kuyu. Kalau homework siap, masuk tidur terus. Kalau tidak, ha... pulun la sampai 9.30 malam.

Weekend? Memang tak la. Weekend baru nak bermain-main, berjalan-jalan. Jarang kami duduk di rumah bila weekend. Kecuali ada anak yang down sebab demam. Itu pun, keluar juga sekejap untuk makan.

Kikiki. Mama tak nampak la masa mana nak mengulangkaji. Padahal, banyak yang kena dibantu. Tanya-tanya pada kawan, katanya dia pulun hujung minggu. Adushhh... tak sanggup rasanya. Kesian anak. Seminggu penat ke sekolah, semestinya hujung minggu nak bersuka-ria. Kikiki.

Setakat ini, kami follow la arus. Mungkin minggu exam ke nanti, kena tolong-tolong Adam study. Kikiki. Macam mana anak orang lain study eh?

11 comments:

  1. Setakat ni kalau ada homework ulangkaji yang lain tak sentuh sbb lepaskan dia siap kerja sekolah agama n kebangsaan, tp bila dia tak ada kerja sekolah kerah gak wlpn 2 pg utk 1 subject...nak kerah byk2 otak dia bkn mcm mak pak leh serap byk2 huhu...mak pak pun kdg2 tepu gak ;p ...hujung minggu pun sama sejam kalau ada masa free...buat sikit lama2 jd bukit hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... kesian pula. hari sekolah memang tak ada masa. hari2 byk homework. weekend... boleh sebenarnya. tapi... sejam, memang lama sangat tu untuk adam.

      sikit2 lama2 membukit :)

      Delete
  2. Samalah aiman pun.sejak dajah satu tolong ulangkaji sikit2 bila nak exam je.nk pantau homework je sempat..nk belajar tak dan.untung juga ada weekend.macam sy weekend pun kerja.mmg tak tau nak mencelah time bila. Sekolah dr pg non stop.smbg KAFA sampai kul6 turun playground sekejap.pas maghrib klu ada homework buat.klu takde mengaji ngan sy..pastu mmg tros tido la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa kan. x sempat. kesian pula. adam sampai rumah dah maghrib. memang x sempat nk main. nk suruh study tu... mcm kesian je. penat seharian. pagi2 keluar rumah 6.40 paling lewat.

      Delete
  3. Saya dah mula fikir pasal ni. Macam mana nanti masa naim kalau dia dah sekolah. Mak paknya keje asyik sibuk memanjang. Macam mana nak imbangkan masa dengan jadual baru nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari ni sabtu. mcm biasa keluar seharian. balik dah penat. ni... adam layan tv, mama buka blog. tapi... sesambil adam hafal bahasa arab. adam kata, ustazah suruh hafal. isnin ustazah nak tanya. buat homework ni la kiranya study :)

      daripada 10 perkataan, adam baca sekali lalu. belum menghafal lagi :D

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Aduhhh... anak sy belum sekolah betul2. tapi bila tengok parents yg concern sgt suruh anak ulangkaji kat rumah... sy jadi takut. Sebab sy kalau boleh... kalau boleh la. Nak dia lalui zaman sekolah ni macam zaman2 kita dulu. Balik sekolah main2 riadah dulu. Malam buat homework. Sy tak pernah ulangkaji kat rumah. Memang tumpu dlm kelas betul2 masa sekolah dulu. Kesnya sebab malas nak ulangkaji kat rumah. Kat rumah buat homework je malam. Tapi budak sekarang tak mcm dulu kot. Sy dulu lps sekolah kebangsaan, pukul 2-4 sambung kelas fardhu ain. Habis kelas main lompat tali. Haha!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki. saya sekolah menengah baru start nak belajar. mmg sekolah rendah dengar dlm kelas je. homework siap pun dah bagus :)

      Delete
  6. Tak pernah paksa anak belajar. Tapi paksa anak tidur awal supaya nak pegi sekolah esoknya dalam keadaan segar, sihat dan ceria... Tapi biasalah time periksa dan ambil keputusan baru maknya menyesal..... Sedar-sedar yang sulung pun dah 18 tahun... Redha jelah. Tapi akak percaya usaha yang luar biasa akan menghasilkan kejayaan yang luar biasa.. Akak biasa-biasa jer.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni, x pernah paksa adam tidur. pukul 9.30 malam, dia memang dah tidur. selamat berlayar. tu pun, kadang saya suruh siapkan homework kalau blom siap. tapi kul 10 mmg wajib tidur.

      kikiki. biasa la tu. saya tiap kali exam menyesal dulu2. tapi x insaf juga. hasilnya, biasa2.

      adam dia rajin. takut saya yg demotivate dia. hurmmm...

      Delete